Use your ← → (arrow) keys to browse
Dalam podcast Drink Champs pada awal Oktober, penyanyi berusia 45 tahun itu menimbulkan provokasi dengan berkata, “Saya boleh katakan apa sahaja mengenai anti-Semitik, dan Adidas tidak boleh singkirkan saya.” Episod itu bagaimanapun telah dipadam.
Awal minggu ini Forbes menyenaraikan kekayaan pelantun lagu Hurricane pada nilai USD2 bilion. Bagaimanapun selepas Adidas menamatkan kontrak mereka pada hari Selasa, ia menurun secara drastik kepada USD400 juta.
Menurut majalah kewangan tersebut, kerjasama mereka yang terjalin sejak 2013 itu bernilai USD1.5 bilion (RM7.1 bilion) dan tanpanya, Kanye tidak lagi memegang status bilionair.
Apa yang tersisa dalam empayar kewangan pemilik jenama Yeezy itu adalah portfolio hartanah, wang tunai, katalog muzik dan lima peratus pegangan saham dalam Skims, firma milik bekas isterinya, Kim Kardashian.