Use your ← → (arrow) keys to browse
Squid Game merupakan penglibatan pertamanya dalam dunia lakonan.
Menerusi wawancara bersama W Korea, Jung mendedahkan dia diminta menghantar video uji bakat untuk siri Squid Game ketika berada di Minggu Fesyen New York.
“Saya masih mengingati momen di mana saya meluangkan masa membaca skrip sambil menikmati makanan. Selepas menghantar video, pengarah menghubungi saya dan meminta untuk bersua muka. Jadi saya tinggalkan segalanya dan terbang ke Korea,” ujarnya.
Dia turut mengimbas kembali reaksinya kala mendapat tahu dirinya terpilih.
“Semasa Ketua Pegawai Eksekutif memberitahu saya terpilih, soalan pertama yang keluar dari mulut saya adalah, ‘Mengapa?’. I sangat teruja apabila mendapat berita tersebut, namun ketakutan menguasai. Saya terfikir, “Terima kasih, tetapi mampukah saya jayakannya?”.