Use your ← → (arrow) keys to browse
“Sesetengah filem menyentuh kehidupan orang lain. Filem ini mempengaruhi kehidupan penduduk Minamata dan mereka yang melalui pengalaman serupa. Dan semua ini berlaku kerana pemulauan Hollywood terhadap saya? Seorang lelaki, seorang pelakon yang hidup dalam keadaan hura-hara sejak beberapa tahun lalu?” soalnya.
Tambah pelakon The Tourist ini, dia akan cuba sedaya upaya memperbetulkan keadaan dan menjadikan tayangan filem ini satu realiti.
Pengarah Minamata, Andrew Levitas turut membuat tuduhan terhadap Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) mengatakan syarikat pengedar itu sengaja ‘menguburkan’ filem tersebut disebabkan isu peribadi dan undang-undang Johnny.