Use your ← → (arrow) keys to browse
Jennifer mengakui teruja apabila mendapat tahu Ray menerima tawaran untuk watak Leftenan Matt Wozniak. Penyanyi itu merasai keserasian antara mereka di set penggambaran sebaik sahaja melakonkan babak pertama.
“Kami sama-sama menikmati babak yang dilakonkan dan saya berasa bertuah kerana dapat bekerja dengannya dan mempelajari banyak perkara daripadanya.
“Sama seperti semua artis lain, dia seorang yang rumit, ikhlas, jujur dan sangat beremosi. Dia begitu mudah didekati dan sangat berdedikasi dengan lakonannya, dan saya akan sentiasa mengingati saat manis kami bersama.
“Kita kehilangan seorang insan yang hebat hari ini. RIP Ray. Amat menyedihkan kerana anda pergi terlalu awal. Saya akan mengingati anda sentiasa,” tulisnya.