Use your ← → (arrow) keys to browse
Pakaian dalam rasmi buat atlet Olimpik bukanlah sesuatu yang janggal atau di luar kebiasaan. Jockey, sebagai contoh, adalah pembekal rasmi pakaian dalam buat pasukan atlet Olimpik dan Paralimpik Australia.
Namun koleksi Skims Olympic yang akan dijual secara atas talian kepada umum bermula Julai ini bukanlah sekadar pakaian dalam. Ia mencerminkan kenyataan bahawa pakaian atletik tidak lagi didefinisi secara spesifik.
Kini, semua syarikat pakaian menghasilkan pakaian sukan yang boleh disarungkan oleh sesiapa sahaja ketika bersenam, bersantai mahupun sekadar berjalan di luar rumah.