Jangan Buang Bagasi Lama, Trade-In Sahaja di Samsonite! - Glam Malaysia
samsonite

Jangan Buang Bagasi Lama, Trade-In Sahaja di Samsonite!

Kembara dunia dengan penuh bergaya sambil save the planet dengan Samsonite!

Sekarang ini semua sudah kembali aktif berlibur, baik dalam mahupun luar negara. Tetapi disebabkan lama sudah tidak menggunakan bagasi naju, mungkin ada yang sudah mula rosak. Jangan buang bagasi itu! Kerana Samsonite mahukan bagasi lama atau yang sudah mula rosak dan ia akan dikitar semula menjadi bahan yang boleh digunakan.

Kempen Trade-In Samsonite ini sudah bermula sejak 12 Ogos dan akan berakhir pada 25 September. Caranya cukup mudah, hanya bawa bagasi lama atau yang sudah rosak, tidak kira apa jenama atau saiz dan hantar terus ke kedai Samsonite yang berdekatan dengan anda. Menariknya, dengan setiap Trade-In, anda akan diberikan diskaun sehingga 40 peratus untuk pembelian bagasi baharu di Samsonite. Ia ditawarkan kepada tiga bagasi jenama ini yang paling popular yakni The Magnum ECO, VARRO dan ENOW.

Bagi menaikkan lagi misi menyelamatkan planet kita yang satu ini, Samsonite akan menderma sebanyak RM10 kepada World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-MALAYSIA) serta UPCYCLED by FE, satu inisiatif kelestarian alam oleh Fuze Ecoteer. Dana derma itu adalah untuk membantu kempen WWF-Malaysia’s ‘Help Protect The Next Generation Of Turtles’ yang dijayakan oleh WWF-MALAYSIA. Bagasi lama pula akan dikitar semula oleh Fuze Ecoteer menjadi pasu bunga.

See also
Rimowa Hasilkan Bagasi Eksklusif 'Never Still'

Pautan Berkenaan: Rothy’s Mengeluarkan Koleksi Tenis Daripada Botol Evian