Use your ← → (arrow) keys to browse
Penghibur ikonik, Janet Jackson mengumumkan dia kini telah bersedia untuk berkongsi kisah dan pengalaman hidupnya bersama peminat.
Baru-baru ini pelantun lagu Together Again itu berkongsi treler dokumentari terbaharu berjudul Janet yang bakal ditayangkan pada Januari 2022, sempena ulang tahun pelancaran album pertamanya yang ke-40.
Dokumentari dua episod itu menampilkan ramai penghibur berprofil tinggi dari kalangan rakan usaha sama dan rakan kreatifnya termasuk Paula Abdul, Missy Elliot dan Mariah Carey.
Menerusi sedutan tersebut, barisan penyanyi terkenal itu berkongsi impak Janet sebagai penghibur dan salah seorang wanita paling berpengaruh dalam sejarah muzik antarabangsa.