Jam Tangan Mewah Menyerikan Penampilan Siti Nurhaliza Di Minggu Fesyen Kuala Lumpur - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Sisi Prihatin Datuk Seri Siti Nurhaliza

Jam Tangan Mewah Menyerikan Penampilan Siti Nurhaliza Di Minggu Fesyen Kuala Lumpur

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Beberapa peminat lain turut berkongsi pendapat mereka mengenai penyanyi nombor satu Malaysia ini.

“Siti pakai apa pun, walau barang mahal sekali pun, tidak pernah menunjuk. Tetapi dia ‘terkantoi’ sendiri kerana peminat suka mengkaji harga barang yang dipakainya.”

“Orang kaya yang tidak menayang kemewahan, tetapi kita tahu barangan yang dipakainya semua berjenama tanpa dia perlu memberitahu. Ini baru kaya.”

Jam tangan mewah tidak asing lagi dengan penyanyi dan usahawan berusia 42 tahun ini. Dia pernah menerima seutas jam jenama sama bernilai RM250,000 pemberian suami tercinta sempena ulang tahun kelahiran ke-30 pada 2009.

 

Foto: Instagram

 

Baca: Hadiah Siti Nurhaliza Buat Peminat Sempena Satu Juta Pengikut Di YouTube