Iya, Palet Rasanya Sebegitu Hebat
The Ruma Hotel & Residences merai reputasi luar biasa sejak pembukaanya tahun lalu. Saban hari, hotel yang menjulang mempersembahkan kelainan, baik dari segi gaya, dekorasi, servis termasuklah gastronominya. Berbicara mengenai tempat inap eksklusif ini, wajib untuk anda kunci pandangan buat apa yang ATAS bisa tawarkan.
Mengaku sahaja, kita mungkin sudah muak apabila terdengar restoran baru sering menawarkan palet rasa baru berpaksikan selera lokal yakni rasa-rasa ala Malaysia. Jika itu yang anda fikirkan, pertimbangkan sejenak kerana apa yang bakal dipersembahkan di ATAS cukup berlainan. Atas Modern Malaysian Eatery, diterajui oleh seorang Chef yang bukan sahaja muda, berpengalaman 14 tahun malah bervisi besar yakni Chef Tyson Gee. Air tangan yang bijak bermain dengan bahan-bahan asas makanan Malaysia menjadi tumpuan utama setiap penciptaan novel. Sebagai restoran utama yang baru dibuka, Atas menginterpritasi identiti tempatan yang kukuh melalui reka bentuk dalaman dan makanannya.
Perjalanan palet rasa di ATAS ini unik, setiap hidangan ditampilkan dalam sukatan yang bersederhana. Uniknya berpaksi pada rasa apabila starter dimulakan dengan hidangan ikan trout yang disajikan dengan ubi renyah yang digaul bersama sambal pedas. Rasanya cukup mengiurkan apabila kehangatan cili bisa dinikmati pada setiap gigitan. Diikuti dengan tartare daging lembu yang disajikan dengan asin aioli, tendon yang kaya dengan aroma.
Buat penggemar daging wagyu, mesti cuba hidangan Wagyu Sirlion yang direneh bersama sambal asam, dan cili yang difermentasi. Setiap gigitan membuatkan anda merasai setiap jus dan tekstur lembut daging yang dipanggang.
Hidangan yang disyorkan:
Snacks: Hokkaido Scallop Calamansi Ginger Torch
Starter: Cured Ocean Trout Puffed Tapioca, sambal dressing
From The Charcoal Oven: +7 Wagyu Sirloin Sambal Assam Kai lan, sour leaf
Accompaniment: Jasmine rice, spring onion, sesame oil and addictive chicken skin; and succulent braised red mushrooms topped with aromatic peanuts and Thai basil.
The RuMa Hotel and Residences, 7 Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Tel: +60 3 2778 0888