Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru-baru ini Jada Pinkett Smith muncul dengan penampilan baharu yang mendapat inspirasi daripada anaknya sendiri, Willow Smith.
Jada berkongsi satu foto dirinya bersama Willow di Instagram berserta kapsyen, “Willow yang memberi saya keberanian untuk mencukur rambut kerana sudah tiba masa untuk saya lepaskannya. Tetapi…usia 50-an saya pasti akan lebih hebat dengan gaya rambut ini.”
Willow yang sering dilihat menggayakan buzz cut merupakan orang pertama yang mendedahkan stail rambut terbaharu ibunya dengan memuat naik foto sama di Instagram miliknya berserta kapsyen puitis.