Use your ← → (arrow) keys to browse
“Dulu saya ada seorang jurulatih yang gemar membuat lawak lucah. Saya sama ada berdiam diri atau berpura-pura tertawa sebab takut. Pernah sekali saya tidak tahan lalu menegurnya, namun saya dibuli. Tujuh tahun kemudian, dia terlibat dalam isu rogol,” tulisnya.
Tambahnya, para atlet tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan kelakuan yang tidak bermoral itu dilindungi ketua jurulatih.
“Moral daripada cerita ini adalah kita perlukan pemimpin yang baik, yang boleh menilai mana baik dan buruk. Bukannya menutup mata pada kesalahan yang dilakukan.
“Mereka yang teraniaya mesti tampil bersuara. Suara kecil tetap penting bila kita bersatu.”
Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny