Use your ← → (arrow) keys to browse
Jelasnya kepada hos, Khir Rahman dan Shuk Sahar, dia terpaksa menahan nafsu ketika menjayakan babak tersebut. Namun adegan itu akhirnya dipotong atas permintaan keluarga Farah sendiri.
Pendedahan itu memberi kejutan dan membuka mata banyak pihak. Ia bukan sahaja mengundang kemarahan netizen, tetapi juga beberapa selebriti antaranya Joe Flizzow, Sharifah Amani dan Elfira Loy.
Walaupun hos dan selebriti terlibat telah membuat permohonan maaf, ia masih hangat diperkatakan. Ramai melihat isu ini sebagai sesuatu yang serius dan tidak patut dibincangkan secara terbuka di televisyen.