Use your ← → (arrow) keys to browse
Masalah kesihatan ratu berusia 96 tahun itu bukanlah rahsia apabila baginda dimasukkan ke hospital akhir tahun lalu atas sebab yang tidak didedahkan.
Sejak itu baginda dinasihatkan oleh doktor untuk berundur dari acara awam dan berehat panjang kerana mengalami kesukaran untuk berjalan.
Tahap kesihatannya semakin merudum setelah dijangkiti Covid-19 pada Februari lalu. Baginda sebelum ini mengesahkan dirinya dan mendiang suami, Putera Philip telah menerima dos vaksin yang lengkap.
Baru-baru ini juga Ratu Elizabeth terlepas acara Service of Thanksgiving di St Paul’s Cathedral, London pada sambutan Jubli Platinum yang berlangsung selama empat hari kerana mengalami ketidakselesaan, menurut CNN.