Use your ← → (arrow) keys to browse
Surat itu juga mengkritik pengendalian negara-negara maju terhadap wabak itu, terutamanya United Kingdom serta Kesatuan Eropah dan Switzerland kerana “menyekat pemansuhan peraturan harta intelek yang membolehkan pengagihan semula dan peningkatan penghasilan vaksin Covid-19, ujian dan rawatan di selatan global.”
Ia juga menyelar pendekatan terkini akses vaksin sebagai perbuatan sia-sia, tidak bermoral dan satu kegagalan besar dari segi etika, ekonomi serta epidemiologi.
“Kami merayu kepada pemimpin dunia untuk menamatkan strategi nasionalisme kontra-produktif ini dan berhenti melindungi monopoli farmaseutikal, sekali gus bertindak dengan solidariti antarabangsa.
“Sekarang adalah masa untuk memperbaharui komitmen yang dibuat semasa penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, di mana semua negeri bersetuju untuk menyampaikan ‘standard kesihatan tertinggi yang boleh dicapai sebagai hak asasi setiap manusia,’” surat itu menyambung.