Ini Sebab Chia Seed Terbaik Untuk Kuruskan Badan Dan Selamat! - Glam Malaysia

Ini Sebab Chia Seed Terbaik Untuk Kuruskan Badan Dan Selamat!

Kalau anda seorang peminat kesihatan yang sentiasa mengikuti trend kesihatan terkini, pasti anda pernah dengar Chia Seed. Betul tak? Biji ajaib ini kini menjadi wajib ada dalam pantry setiap wanita yang mementingkan kesihatan kerana manfaatnya yang luar biasa untuk diet dan kesihatan kita.

Chia seed ni sebenarnya biji-bijian kecil yang berasal dari tumbuhan Salvia hispanica, asli kepada Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Fakta menarik: Perkataan ‘chia’ tu datang dari bahasa suku Maya yang bermaksud kekuatan. Saiz biji chia hanya sekitar 1-2mm dengan warna yang bervariasi, ada hitam, kelabu, malah hitam dengan bintik-bintik putih. Rasanya memang agak neutral, jadi anda kena rendam dalam air dulu beberapa minit sebelum dimakan. Boleh campurkan chia seed ni ke dalam pelbagai makanan atau minuman seperti salad, oatmeal, jus, smoothies, dan yogurt. Sangat serbaguna!

chia seed

Fakta menarik: Perkataan ‘chia’ tu datang dari bahasa suku Maya yang bermaksud kekuatan. 

Kenapa Chia Seed Jadi Superfood Terbaik 2026?

1. Sarat dengan Protein

Sebanyak 20% daripada kandungan chia seed adalah protein! Ini menjadikannya satu sumber protein yang sangat mengagumkan. Malah, biji chia mengandungi 9 asam amino penting dalam jumlah yang mencukupi, menjadikannya sumber protein berkualiti tinggi. Protein ni memang sudah terkenal dengan peranannya dalam perjalanan penurunan berat badan, terutama membantu mengurangkan lemak badan. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan protein boleh menghasilkan penurunan lemak badan yang ketara berbanding diet rendah protein.

See also
Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu

2. Matlamat Kesihatan Usus

Chia seed juga menakjubkan untuk kesihatan pencernaan dan metabolisme badan kita. Bila anda makan biji chia, ia akan mengoptimumkan penyerapan mineral penting seperti zat besi dan zink, menyokong proses fermentasi dalam usus, dan meningkatkan pengeluaran asam lemak yang dihasilkan oleh bakteria usus. Maksudnya, semua nutrien dalam makanan yang kita makan akan diserap dengan sempurna.

Tambahan pula, chia seed membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan melindungi permukaan usus dari penyakit Celiac. Manfaat ini bukan sahaja bagus untuk pencernaan, malah membantu mencegah berat badan berlebihan dan penyakit yang kerap dikaitkan dengan obesiti.

chia seed

3. Buat Anda Kenyang Lebih Lama

Anda pasti dah dengar tentang intermittent fasting, kan? Ia adalah corak pemakanan yang berselang seli antara waktu makan dan berpuasa dalam tempoh tertentu, macam 16 jam berpuasa dan 8 jam waktu makan. Chia seed ini kombinasi sempurna dengan intermittent fasting! Serat dalam biji chia boleh mengembang dan bertukar jadi seperti gel bila dicampurkan dengan air. Tekstur ni terbukti bantu berikan rasa kenyang yang lebih lama sambil melambatkan rasa lapar. Itulah sebabnya chia seed sangat sesuai untuk dimakan sebelum memulakan perjalanan intermittent fasting anda.

See also
Soul Searching In Prada

Walaupun chia seed ni sumber nutrien yang hebat, anda masih kena berhati-hati bila mengambilnya. Contohnya, Garis Panduan Pemakanan AS pernah mengesyorkan pengambilan chia seed sehari tak boleh melebihi 48g. Untuk dapatkan manfaat maksimum, anda mesti tahu cara memprosesnya dengan betul. Jangan sesekali makan dalam keadaan kering, ini boleh menyebabkan ia tersumbat pada kerongkongan sebab biji chia mudah serap air. Mengambil chia seed tanpa cukup air juga boleh memberi tekanan pada sistem pencernaan dan perut yang boleh sebabkan kembung perut.

Artikel berkaitan Kenali 6 Jenis Teh Sesuai Untuk Rawat Kesihatan Badan

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan