Ini Jam Tangan Paling Ideal Di Bulan Ramadan
Use your ← → (arrow) keys to browse
Cik Manggis “De Fam”, Penyanyi
Cik Manggis,yang merupakan merupakan salah seorang penyanyi kumpulam “De Fam” dan juga pelakon berkongsikan tentang helah dan trik untuk menjadikan Apple Watch sebagai teman yang sempurna di bulan Ramadan ini.
- Aplikasi kecergasan & Senaman. Setiap kali Ramadan tiba, saya secara semula jadi berasa bersemangat tinggi untuk bersenam atau melakukan apa sahaja aktiviti yang boleh membuatkan saya berpeluh kerana Raya tidak lama lagi dan bulan ini adalah bulan yang sesuai jika saya ingin menurunkan berat badan dan mengekalkan badan dan minda dalam keadaan yang baik. Kebiasaannya, saya akan bermain kasut roda sejam sebelum berbuka puasa. Apl Senaman (matlamat terbuka skating) sangat mudah untuk menjejaki matlamat harian saya, pembakaran kalori dan kadar denyutan jantung semasa sesi. Saya biasanya akan menyesuaikan dan menetapkan matlamat harian saya lebih rendah supaya saya tidak menekankan badan dan minda saya. Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi senaman di sini
- Water Minder Kekal terhidrat adalah bahagian terpenting dalam mengekalkan kesihatan yang baik terutamanya semasa bulan puasa. Water Minder melakukan tugasnya dengan sempurna untuk seseorang yang malas minum air yang mencukupi setiap hari (seperti saya!) dan secara peribadi saya rasa aplikasi ini sangat intuitif di mana ia mengira jumlah penghidratan yang sesuai berdasarkan berat badan atau matlamat peribadi saya. Saya kini kekal terhidrat, terima kasih kepada peringatan sepanjang hari! Muat turun Water Minder sini
- Pillow: Saya mempunyai tabiat buruk sebelum tidur pada bulan Ramadan iaitu berjaga malam (kalau boleh sehingga matahari terbit) dan saya tahu ia buruk. Sejak saya mula menggunakan aplikasi Bantal, tabiat tidur saya bertambah baik dan saya menjadi lebih berdisiplin! Ini kali pertama saya tidur tepat pada masanya hanya untuk mencapai matlamat tidur saya tetapi perlahan-lahan saya mula menghargai apl itu dan ia menjejaki kualiti tidur saya dengan sangat terperinci, malah ia juga merekodkan data kadar denyutan jantung saya! sini
“Seperti yang kita semua tahu, hari raya adalah mengenai masa ikatan keluarga dan kita akan sibuk dengan keluarga dan rakan-rakan. Cuba jauhkan telefon anda dan pakai Apple Watch anda seperti yang saya selalu lakukan. Tiada telefon tetapi saya masih boleh menjejaki mesej penting dengan Apple Watch saya!” – Cik Manggis