Use your ← → (arrow) keys to browse
“Pengunduran pasangan Sussex daripada kerabat Diraja bukan sahaja memberi impak serius terhadap reputasi Diraja tetapi juga jumlah kakitangan dalam melakukan tugasan rasmi,” katanya.
Menurut Daniela, memandangkan Putera Harry, Meghan dan Putera Andrew telah mengembalikan naungan tentera dan gelaran Diraja mereka, ini bermakna saiz kerabat yang tinggal hanyalah sebilangan kecil sahaja.
Dia menambah, disebabkan hanya Putera William dan Kate bergelar barisan hadapan kerabat yang berusia bawah 50 tahun, sebahagian besar tugas lawatan Diraja mungkin terpaksa diletakkan di atas bahu pasangan itu.
“Pengunduran dua kerabat kanan disebabkan isu perkauman hanya memberi fokus kepada pemeliharaan diri mereka tanpa mengambil kira tanggungan individu lain. Dan satu-satunya individu yang terpaksa menanggung akibat kekacauan dan perubahan ini adalah Kate, Puteri Wales,” ujarnya.