Idam Cahaya Mata Kembar, Paris Hilton Jalani Rawatan IVF - Glam Malaysia
Idam Cahaya Mata Kembar, Paris Hilton Jalani Rawatan IVF

Idam Cahaya Mata Kembar, Paris Hilton Jalani Rawatan IVF

Pada usia 39 tahun, Paris Hilton akhirnya bersedia untuk memasuki alam keibuan dan membesarkan keluarga.

Paris membuat pendedahan di podcast The Trend Reporter with Mara dua hari lalu mengenai rawatan kesuburan in-vitro (IVF) yang dilakukannya. Dia turut memuji teman lelaki, Carter Reum kerana tidak putus memberi sokongan sepanjang proses tersebut.

Menurut Paris, dia mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana ia satu-satunya cara untuk dia mendapatkan sepasang kembar idamannya, seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan.

“Kami telah menjalani rawatan IVF, jadi saya boleh pilih jantina bayi yang disukai,” ujarnya. Malah, rakan lama Paris, Kim Kardashian yang memberitahu perkara ini kepadanya.

“Saya gembira kerana dia sudi memberi nasihat dan memperkenalkan saya kepada doktornya,” ujar Paris.

Penyanyi Starts Are Blind itu kemudian menambah, dia sudah pun selesai dengan prosedur pengambilan telur. “Ia sukar, namun saya tahu ia berbaloi. Saya melakukannya beberapa kali.”

“Melakukannya bersama pasangan yang sentiasa menyokong dan melayan saya seperti puteri sepanjang masa…Ia tidaklah seteruk mana.”

Dalam wawancara tersebut, Paris menggelar Carter sebagai lelaki idaman dan mengatakan dia yakin seratus peratus bahawa usahawan itu adalah jejaka yang tepat buatnya.

See also
Feminisme Lima Wanita Mad Max: Fury Road

“Saya sangat teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan akhirnya mempunyai kehidupan sebenar. Saya benar-benar percaya, keluarga dan cahaya mata adalah erti kehidupan. Saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini kerana belum berjumpa jejaka yang benar-benar layak menerima cinta saya, dan kini saya telah menemuinya.”

Paris Hilton reveals she's started IVF process with boyfriend Carter Reum -  Goss.ie
Foto: Goss.ie

September tahun lalu, pasangan ini berkongsi mengenai rancangan mereka untuk memiliki cahaya mata dan mengakui sudah pun memilih nama yang sesuai.

“Untuk bayi perempuan saya mahu namakan London, nama bayi lelaki masih dalam pencarian. Saya tidak mahu nama bertemakan bandar, tetapi entahlah – sukar untuk buat pilihan.”

Pasangan ini sudah mengenali hati budi masing-masing sejak sedekad lalu, namun baru dua tahun bergelar kekasih selepas perjumpaan semula di majlis Thanksgiving anjuran keluarga.

Foto: Patrick McMullan via Getty Images

Baca: Emily Ratajkowski Dituduh Mendapatkan Suntikan Bibir Ketika Hamil