Use your ← → (arrow) keys to browse
The Edison George Town
Colonial charms meet contemporary chic, bak kata mereka ini. Sememangnya kami setuju. Anda bakal terpegun saat menjejakkan kaki ke hotel ini. Bangunan ini sudah terbina pada tahun 1906 dan menjadi rumah penginapan hartawan bernama Yeo Wee Gark dan kemudian bertukar menjadi hotel pada tahun 1940-an. Sehingga tahun 2014, ia telah dijenamakan semula menjadi The Edison. Seni bina dan sejarahnya dikekalkan namun dekorasi telah diberi nafas baru dengan hiasan yang lebih meriah warna-warnanya.