Use your ← → (arrow) keys to browse
Jawi Peranakan Mansion
Terletak di Hutton Lane, George Town. Kawasan ini sebelum ini dikenali sebagai “Lorong Melayu Jutawan” sebelum ditukar nama kepada Hutton Lane, yang mana ia bersempena dengan nama Dr. James Hutton, yang merupakan doktor pertama tiba di Pulau Pinang pada Tahun 1805. Manakala Jawi Peranakan pula diberi nama bersempena masyarakat Muslim yang berdarah kacukan bangsa Melayu dan Asia Selatan serta petah berbahasa Melayu. Mereka ini adalah golongan bangsawan setaraf komuniti British Malayan ketika itu. Hotel ini menempatkan 8 bilik agam dan 6 suite keluarga yang cukup selesa. Daripada jubin hingga ke dekorasi cermin, reka bentuknya banyak diinspirasikan daripada empayar Mughal.