Hotel Baru 2026: Destinasi Mewah Preferred Hotels & Resorts

Ini 8 Hotel Baru 2026 Yang Wajib Masuk Luxury Wishlist Anda

Dalam dunia pelancongan mewah hari ini, ramai pengembara semakin memilih pengalaman yang lebih bermakna, tempat yang bukan sahaja cantik, tetapi mampu membuat kita rasa connected dengan kisah yang dibawa. Itulah sebabnya pengumuman siri hotel baru oleh Preferred Hotels & Resorts untuk 2026 menjadi antara yang paling dinanti dalam industri. Setiap lokasi dipilih bukan hanya kerana kecantikannya, tetapi kerana jiwa yang ada di sebalik pintu masuknya.

Apa yang menarik, trend pelancong mewah kini sangat jelas: mereka mahu sesuatu yang lebih peribadi, disusun rapi, dan ada nilai emosi. Menurut CEO Lindsey Ueberroth, tetamu hari ini mahu “legacy moments”, memori yang kekal, bukan sekadar satu percutian. Dan dengan pembukaan baharu yang penuh karakter ini, rangkaian ini bukan sahaja menambah bilangan hotel, tetapi menambah pilihan pengalaman yang berbeza.

Daripada istana lama bernafas semula di Morocco, hingga hotel moden yang mengangkat budaya Mexico City, koleksi hotel baru 2026 ini terasa seperti jemputan untuk pengembara melihat dunia melalui lensa yang lebih intim dan berlapis budaya.

See also
GBC Love Wellness: Pilihan Warna Kuku Boleh Dedah Emosi Anda

Hotel baru, destinasi baharu yang penuh jiwa

The Newman, London


Di tengah Fitzrovia, The Newman tampil sebagai sebuah hotel baru dengan aura seni dan nostalgia. Dibayangkan semula dengan sentuhan Victorian dan Art Deco, hotel ini seolah membawa kita ke zaman ketika penulis dan pelukis pernah memenuhi kawasan itu. Penthouse Suite dengan sauna peribadi pula bak ‘sanctuary’ di tengah kota.

Romègas Hotel, Valletta

hotel baru 2026
Bertempat di dalam palazzo berusia setengah milenium, butik hotel baru ini terasa seperti filem sejarah yang diberi sentuhan moden. Balkoni Malta yang klasik, terrazzo yang dipulihkan, dan pemandangan kota Valletta dari rooftop semuanya mewujudkan suasana intim dan romantik.

hotel baru 2026

The Cooper, Charleston

hotel baru 2026
Satu-satunya hotel mewah tepi laut di Charleston, ia menawarkan ruang cerah, angin sungai yang menenangkan, dan spa yang menyatukan wellness dengan estetika bandar lama yang penuh pesona.

hotel baru 2026

Gran Hotel Claridge Granada


Hanya beberapa langkah dari Alhambra, hotel ini membuatkan sesiapa yang suka seni bina Andalusia jatuh cinta. Rooftop-nya yang menghadap Sierra Nevada pula bagaikan poskad hidup.

See also
Juara AJL Ke-39, Kemarau 20 Tahun Marsha Milan Tamat

Palais Jamaï Fès, Morocco


Ini bukan sekadar hotel, malah ia legenda. Selepas pemulihan besar, istana abad ke-19 ini kembali membuka pintunya, lengkap dengan hammam tradisional, restoran oleh Groupe Alain Ducasse, dan panorama Medina yang memukau.

hotel baru 2026

Serras Sevilla, Sepanyol

hotel baru 2026
43 bilik sahaja, kecil, eksklusif, dan penuh karakter Andalusia. Hotel baru dengan rooftop-nya yang menghadap Seville Cathedral adalah tempat yang sempurna untuk menikmati matahari terbenam kota lama.

Pendry Mexico City


Terletak di Roma Norte, hotel baru ini terasa seperti nadi seni Mexico City. Reka bentuk oleh firma tempatan, rooftop kitchen, Spa Pendry semuanya dibuat dengan semangat kota yang hidup 24 jam.

The Stelle, Park City

hotel baru 2026
Untuk jiwa yang cintakan alam, lodge gunung ini menawarkan pemandangan tasik dan pergunungan, spa luas, sauna luar, dan akses ke aktiviti ekstrem atau santai, ikut ritma anda.

hotel baru 2026

Hotel ikonik yang kembali dengan wajah baharu

Hôtel California Paris

Hôtel California Paris, Hotel Metropole Geneve dan Birdwood Mansion bakal dibuka semula selepas renovasi besar yang memelihara warisan sambil menambah sentuhan moden sesuai untuk pengembara yang menghargai sejarah tetapi tidak mahu berkompromi pada kemewahan.

Hotel Metropole Geneve

Birdwood Mansion

Dengan koleksi 2026 ini, Preferred Hotels & Resorts jelas mahu menawarkan sesuatu lebih daripada sekadar penginapan. Setiap hotel baru terasa seperti dunia kecil yang punya cerita, suasana dan identiti sendiri, menjemput kita untuk mengalami destinasi dengan lebih perlahan, lebih dekat, dan lebih bermakna.

See also
Dolla Mangsa Terbaharu Influenza

Artikel berkaitan: Hotel Park Hyatt Kuala Lumpur Tertinggi Di Asia Pasifik Kini Dibuka

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.