Henry Golding Luah Rasa Bimbang Mengenai Kes Bunuh Diri Di Malaysia - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Henry Golding Luah Rasa Bimbang Mengenai Kes Bunuh Diri Di Malaysia

Henry Golding Luah Rasa Bimbang Mengenai Kes Bunuh Diri Di Malaysia

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelakon Crazy Rich Asians ini turut memberi cabaran kepada orang ramai untuk menghubungi tiga rakan berbeza setiap hari dan bertanya khabar mereka.

“Apa yang saya mahu anda lakukan adalah sesuatu yang sangat mudah. Fikirkan tiga orang yang mungkin memerlukan pesanan teks atau panggilan telefon dari anda. Hubungi mereka dan bertanya khabar. Jangan sekadar berbual kosong, tanya dari hati ke hati bagaimana keadaan mereka,” katanya.

Henry turut berkongsi mengenai pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi di Malaysia yang membantu dalam isu kesihatan mental.

“Terdapat banyak organisasi di Malaysia dan salah satunya ialah Befrienders (03-76272929). Mereka menawarkan bantuan moral dan cara menangani keinginan untuk membunuh diri.

“Saya tahu apa yang anda semua sedang lalui di Malaysia. Kita mampu hadapinya bersama-sama. Jadi jangan putus harapan dan jangan lupa bertanya khabar rakan-rakan,” ujarnya.

Foto: Getty Images

Baca: Saat Pertama Henry Golding Dipikat Isteri, Liv Lo

See also
10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine