Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya tahu rakyat Malaysia kini sedang melalui fasa sukar disebabkan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak terkira banyaknya. Satu perkara yang kita ambil ringan adalah tahap kesihatan mental yang melibatkan emosi yang rapuh. Ia antara perkara yang sering kita terlepas pandang.
“Apa yang kini menjadi aspek sebenar dalam kehidupan kita adalah kecenderungan untuk membunuh diri disebabkan kehilangan pekerjaan dan tidak berpeluang untuk bersosial dengan rakan-rakan.
“Apa yang boleh saya katakan kepada anda adalah, ada rakan di luar sana yang mengambil berat tentang diri anda dan bimbangkan kesejahteraan diri anda,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.