Use your ← → (arrow) keys to browse
Berdarah Kacukan Kemboja dan Vietnam
Dilahirkan di Paris pada 11 September 1997, Harmony merupakan anak tunggal perempuan kepada pasangan kelahiran Kemboja dan Vietnam. Menurut Women’s Tennis Association (WTA), ibunya merupakan wartawan kewangan manakala bapanya pula seorang jurutera.
Tennis Majors melaporkan, bintang berusia 25 tahun itu tidak mengikuti latihan di French Tennis Federation, sistem yang melahirkan beberapa pemain terbaik Perancis. Sebaliknya dia berlatih dalam Liga Val-de-Marne di pinggir bandar Paris dan merupakan ahli Tennis Club Boulogne-Billancourt, sebuah kelab persendirian.
Keluarganya kemudian menjual kediaman milik mereka untuk membiayai latihan Harmony di Bollettieri Academy di Florida, Amerika Syarikat.