Use your ← → (arrow) keys to browse
Pemain tenis Perancis, Harmony Tan melalui detik bersejarah dan penuh bermakna di Wimbledon 2022.
Harmony yang berada di tangga ke-115 dunia berjaya mencuri perhatian apabila menumpaskan juara Grand Slam 23 kali, Serena Williams dalam pusingan pertama yang berlangsung selama lebih tiga jam pada 28 Jun lalu.
Walau berdepan isu dengan pasangan beregu, Tamara Korpatsch yang disingkirkannya menerusi pesanan teks sejurus sebelum perlawanan, Harmony memukau peminat tenis sekali lagi apabila menewaskan bintang Britain kegemaran ramai, Katie Boulter.
Siapakah bintang baharu yang berjaya mencipta nama dalam sekelip mata ini? Glam berkongsi beberapa perkara menarik mengenai dirinya.