Use your ← → (arrow) keys to browse
“Kadangkala memang mudah untuk terus berada dalam zon selesa apabila anda telah memiliki segalanya. Semakin anda berusia, ia menjadi semakin sukar kerana anda berasa letih. Namun bagi saya, saat anda memilih untuk berhenti, saat itulah anda menjadi tua,” ujarnya.
Peranan Hayek dalam filem terbaru, The Hitman’s Wife’s Bodyguard merupakan satu cabaran terbesar buatnya kerana dia melakukan aksi lagak ngeri sendiri.
“Saya suka babak pergaduhan, paling saya gemari dalam filem ini adalah aksi di mana saya perlu berlawan dengan beberapa lelaki. Ia menyeronokkan,” katanya.