Use your ← → (arrow) keys to browse
Semua ini merupakan sebahagian daripada rutin yang telah diamalkannya selama beberapa dekad. “Saya mempunyai pelan kesihatan dan kesejahteraan yang telah saya ikuti sejak 30 tahun lalu. Ia benar-benar meningkatkan kualiti hidup saya, membantu proses penuaan dan penglibatan saya dalam kerjaya dan kehidupan anak-anak,” jelasnya.
Halle mendokumentasi rutin kecergasannya di Instagram, dan vibe positif yang dikongsi bersama peminat jelas menunjukkan dia gemar bersenam. Disebabkan itu juga dia menjalin kerjasama dengan jenama pakaian sukan wanita, Sweaty Betty baru-baru ini.
“Kecergasan dan kesihatan sangat bermakna dalam hidup saya, dan menjadi sebahagian daripada mereka yang menghasilkan koleksi pakaian sukan adalah sesuatu yang menyeronokkan,” katanya.