Raikan Valentine's Day Dengan Mewah Persis Selebriti Hollywood

Hadiah Valentine’s Day Paling Megah & Mewah Oleh Pasangan Selebriti

Valentine's Day merupakan hari istimewa di mana pasangan akan cuba untuk membahagiakan insan tercinta mereka dengan melakukan atau memberikan sesuatu yang bermakna untuk meraikan keagungan cinta mereka.

 

Antara perkara yang sering dilakukan oleh pasangan semasa Hari Valentine adalah makan malam bersama, menonton wayang, memberikan bunga, coklat dan banyak lagi.

 

Tetapi cuba bayangkan kalau anda mempunyai wang seperti selebriti-selebriti Hollywood untuk berbelanja sebanyak yang anda mahukan untuk mereka yang anda sayangi, apa agaknya akan anda belikan untuk si dia?

 

GLAM senaraikan selebriti-selebriti yang tidak gentar berbelanja mewah untuk pasangan mereka dan mungkin juga inspirasi buat hadiah anda kelak.

3 of 7

Katy Perry & Russell Brand

Foto: JB Lacroix/WireImage

Pasangan ini bercerai pada tahun 2012 tetapi Katy pernah berbelanja besar untuk menghadiahkan bekas suaminya itu dengan sebuah kereta Bentley berona ungu sempena hari istimewa ini.