GoHalal: Halal Hub terbaru Di Malaysia Buat Anda - Page 3 of 3

GoHalal: Halal Hub terbaru Di Malaysia Buat Anda

Permintaan kelulusan halal dalam setiap aspek kehidupan kini semakin meningkat. GoHalal tampil menawarkan segala keperluan anda dan dijamin halal. From shopping to groceries, you name it!

Peningkatan jumlah usahawan atas talian sekarang ini semestinya menjadi satu kemudahan untuk orang ramai membeli barangan lokal hanya di hujung jari sahaja. Segalanya mudah di atas talian. Namun sejauh mana kebersihan, kualiti serta pembuatan produk tersebut? Adakah ia selamat digunakan dan tidak memudaratkan kesihatan? Disebabkan itu penting adanya cop halal kerana halal bukan hanya pada mengharamkan penggunaan bahan-bahan yang haram di sisi agama, malah ia juga terjaga dari segi kebersihan serta kualiti pembuatan sesebuah produk itu.

 

Dengan adanya GoHalal ia berfungsi sebagai satu solusi bagi ramai usahawan di luar sana, serta juga masyarakat kini yang mencari produk lokal yang disahkan halal.

Kini, GoHalal baru sahaja melancarkan Gohalal Mart & Café pertama yang terletak di Cyberjaya, di mana terletaknya ibu pejabat mereka, yang mana ia mempunyai objektif untuk menghidangkan pelanggan dengan variasi makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan dan paling penting halal. Ia terbuka untuk semua orang tidak kira perbezaan agama mahupun bangsa.

 

Ketika berlangsungnya pelancaran mart dan kafe tersebut, ia turut dimeriahkan lagi dengan sesi bual bicara secara langsung di Facebook Dbilique yang dihoskan oleh Farah Fauzana dan Faizal Ismail bersama dengan Timbalan Pengerusi Eksekutif, DNeX, Datuk Samsul Husin dan Pengerusi Eksekutif GMeC, Encik Mohamed Hazli Mohamed Hussain. Turut hadir lagi adalah pemenang pertandingan BFF yang mereka adakan di media sosial.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse