GLAM Profil: Fariha Razak - Glam Malaysia
GLAM Profil, Fariha Razak 01

GLAM Profil: Fariha Razak

Memikul kewajipan sebagai atlet kebangsaan dalam mengharumkan nama negara; GLAM menampilkan Fariha Razak merangkap bintang bola jaring dalam memperkasakan intipati kewanitaan masa kini.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar ROBIN YONG/ ONE3FOUR STUDIO solekan SKY OII dandanan JUNO KO

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini; GLAM menjunjung dua wanita mandiri penuh motivasi yang menjunjung tinggi harga dirinya sebagai seorang wanita masa kini. Bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai atlet kebangsaan menerusi hamparan gelanggang bola jaring dan padang bola yang luas bergaris putih, bahkan kedua wanita ini turut memegang profesi lainnya secara sepenuh masa di pejabat. Fariha Razak, 27, dan Steffi Sidhu, 34 tampil menghiasi ruangan profil Ogos ini sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelang tiba. Lantas menterjemahkan intipati kewanitaan masa kini yang lebih bersifat terbuka dalam menyuarakan pendapat lalu mendakap keharmonian dalam memperkasakan kesetaraan gender.

GLAM Profil, Fariha Razak 02

FARIHA MENYARUNGKAN CROPPED SWEATSHIRT BERSAMA JAKET BOMBER KANVAS DAN SKIRT DARIPADA GUCCI.

SHOOTING STAR

See also
Love At First Impression Dengan Samsung Galaxy Z Flip4

Bukan setakat tangkas di gelanggang, bintang bola jaring negara Fariha Razak juga celik akademik. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi pada hujung tahun 2019, November tepatnya; Fariha dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-63. Berasal dari Johor Bahru, kini Fariha atau nama sebenarnya; Nurfariha Abdul Razak menetap sepenuhnya di Bukit Jalil. Bertujuan untuk menyelaraskan cabangan kerjayanya dalam menelusuri lapangan hiburan sebagai penyanyi juga penyampai berita sukan di Astro Arena. “Perkembangan terkini saya adalah tampil memperdengarkan single terbaru yang berjudul Hapus pada 1 Julai lalu yang boleh didengar di semua platform penstriman. Setelah berpeluang mencabangkan kerjaya sebagai penyampai berita sukan di Astro Arena; kini saya meletakkan fokus sepenuhnya dalam bidang seni. Dahulu saya punya sangsi memandangkan fokus hanya terdorong untuk menggenggam pencapaian serta prestasi di gelanggang. Namun, saat ini saya sudah yakin lagi ikhlas untuk menelusuri haluan berjinak langsung menapak dalam dunia seni suara ini. Sudah 10 tahun saya berkecimpung dalam dunia sukan bola jaring, mungkin sudah sampai masa untuk mencabangkan kemahiran yang saya miliki,” jelas Fariha yang berlindung di bawah label rakaman Werkit Records dan berkebolehan untuk bermain gitar dengan baik.

GLAM Profil, Fariha Razak 03

FARIHA RAZAK TAMPIL DALAM SEPERSALINAN LENGKAP OLAHAN FENDI BUAT MUSIM LURUH/SEJUK 2022.

I WON’T SETTLE FOR LESS — FARIHA RAZAK

Merupakan anak kedua dari enam beradik, Fariha adalah anak sulung perempuan dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Ibrahim sebelum melanjutkan pengajian di Matrikulasi, Pulau Pinang. Ceritanya memikul kewajipan bermain bola jaring mewakili negara bermula pada usia 17 tahun. “Saya bukanlah atlet sepenuh masa kerana bola jaring tidak tersenarai sebagai program rasmi dibawah Majlis Sukan Negara. Langsung, tidaklah dikira sebagai sukan utama seperti badminton umpamanya. Bila adanya kejohanan besar seperti Sukan SEA atau Asian Netball Championships, maka barulah kita akan berhimpun dan berlatih bersama. Sudah berjinak bermain bola jaring sejak kecil, saya hanya mewakili negara pada usia 17 tahun. Secara tidak langsung, rasa cinta akan sukan ini semakin menebal dalam diri dan bila sudah bergelar atlet negara; secara naturalnya kita memikul tanggungjawab yang berat lalu perlu dilangsaikan. Di mana, tanggungjawab kami bukan saja untuk mengharumkan nama negara malah membawa prestasi ke tahap yang lebih tinggi saban hari,” jelas Fariha bersungguh.

See also
Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Disatukan Dalam Satu Majlis Intim

Baca lanjut dalam GLAM Ogos 2022

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Lim Wei-Ling