GLAM Profil: Ekspresi Flora Caramella - Glam Malaysia
datin azila caramella

GLAM Profil: Ekspresi Flora Caramella

Memanjakan mata bertualang ke taman bunga di kota Paris dan tanah Inggeris yang harmoni. Datin Azila Caramella menterjemahkan manis memorinya pada segenap himpunan skarf Caramel yang memenuhi citarasa aliran fesyen semasa.

pengarah kreatif NISA’ HALID pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIRUL ARIFIN penata gaya MUZAMMIN MUZLAN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan & dandanan JIJIE ZAINAL

datin azila caramella
BAJU MAX MARA

Duduk bersemuka dengan pengasas merangkap pemilik label Caramel Fashion Scarves, Datin Azila Caramella membiaskan personaliti yang anggun lagi introvert. Wanita
kelahiran Taiping, Perak ini cukup merendah diri dalam menjaga lisannya. Saya membuka bicara bersamanya dengan mengemukakan pertanyaan di sebalik namanya, kerana jarang sekali didengar nama ini. “Nama diberi adalah Nor Azila Habali dan famili saya berasal dari Taiping. Caramella adalah nama keluarga suami yang berdarah campuran Inggeris-Itali,” jelas Datin Azila.

Tambahnya lagi, “saya dilahirkan pada 6 November tahun 1981 dan mendapat sepenuh pendidikan di sekolah kebangsaan di Taiping. Kemudian, menyambung pengajian di UiTM Shah Alam dalam jurusan Seni Rekaan Fesyen.” Mencecah usia 40 tahun pada hujung tahun ini, saya rasa kulit wajahnya kekal awet muda, mulus lagi menawan tidak seperti yang diperihalkan oleh angkanya. Manakan tidak, anak kedua dari tiga beradik ini sudah mula menjaga kecan tikannya seawal usia 15 tahun lagi. “Bernikah bersama
suami, Datuk Marco Caramella pada 2006, kala itu saya berumur 25 tahun. Suami saya sudah menetap di Malaysia selama lebih 27 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan. Bapa mertua saya berasal daripada Parma, Itali manakala ibu mertua pula berasal daripada Cardiff. Kami berpunya tiga cahaya; yang pertama Luca Adam Caramella, 13, Lucia Hawa Caramella, 11 dan bongsu Luna Aishah Caramella. Kini berusia 5 tahun,” tutur Datin Azila membingkiskan latar belakang dirinya.

See also
Volvo Bangkit Dalam Industri Automotif Seiring Malaysia Sejak 1966

SEANGGUN JUITA CARAMEL

Menyingkap bisnes skarf yang diasaskan olehnya, Datin Azila tidak bisa duduk diam. “Sebelum mencitrakan perniagaan ini, saya aktif menolong perencanaan perniagaan suami. Sekali gus, membuka minat untuk menekuni dunia perniagaan. Fast-forward setelah menimang cahaya mata ketiga, dalam hati saya sering terdetik teringin untuk mulakan perniagaan sendiri. Saya berpunya visi untuk memperkenalkan label sendiri, namun tidak terkait dengan pakaian,” terang Datin Azila yang berpeluang mendalami kursus couture di Paris selama setahun. Sambungnya lagi, “setelah bertahun meneliti struktur dan keberdaya saingan pasaran serta citarasa pelanggan. Saya yakin melihatkan potensi permintaan skarf yang kian
bercambah. Demikian, lahirnya Caramel Fashion Scarves yang mendukung nama keluarga saya.”

DATIN AZILA CARAMELLA
JAKET DAN BAJU-T BRUNELLO CUCINELLI

“Himpunan skarf kami tidak dipertontonkan khusus untuk para hijabi semata-mata. Kerana saya ingin mengikis persepsi juga melangkaui batasan pemakaian skarf. It’s a lifestyle, it’s an accessory to complete any look for the modest and urban society. Tambah lagi, negara kita bertuah dihuni pelbagai bangsa serta agama. Demikian, skarf Caramel ini sesuai digayakan oleh semua lapisan wanita; tidak kira bangsa kerana ibu mertua saya juga peminat skarf. Oleh kerana itu, misi saya adalah untuk mempersembahkan himpunan skarf yang versatil. Dek melihatkan wanita masa kini semakin bijak mengolahkan ceraian busana mereka dengan cara penggayaan skarf yang berbagai. Lantas, melengkapi juga turut sama menyerlahkan persalinan mereka,” terang Datin Azila yang senantiasa menda hagakan pengembaraan baru.

SUT TORY BURCH DAN SKARF CARAMEL X FK BY FARAH KHAN

“Pada saya secara peribadinya, skarf boleh dipadankan dalam apa jua situasi. Tidak terbatas di kepala, ia juga bisa diikat pada leher atau sekadar meletakkannya polos pada bahu. Sebagai seorang petualang saya berpeluang untuk meneliti cara wanita di luar Malaysia menggayakannya. Baik di Eropah mahupun di bumi Asia. Cumanya disini masih belum meluas. Umumnya berpendapat skarf itu tudung dan hanya digayakan oleh para hijabi. Jadinya, saya ingin memperlihatkannya sebagai satu alternatif trend baharu dalam kelompok fesyen tempatan. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana diberikan peluang ini juga diterima baik oleh masyarakat tempatan. Butik sulung kami dibuka pada tahun 2019 yang mengambil lokasi di Mytown Shopping Centre dan melancarkan pembelian dalam talian menerusi laman web, caramelscarves.com pada waktu yang sama.

See also
Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM Mei 2021

Pautan Berkenaan: GLAM PROFIL: Z FOR ZAMAERA!