GLAM Junior: Cahaya Mata Raysha Rizrose

GLAM Junior: Cahaya Mata Dalam Hidup Raysha Rizrose, Raiya Nadine

Tangisan seorang ayah, Nabil Jeffri berkongsi momen penuh emosi menyaksikan perjuangan Raysha Rizrose melahirkan puteri mereka, Raiya Nadine. 

Cahaya mata Raysha Rizrose selamat dilahirkan pada Jumaat, 27 Disember 2024, jam 5.24 petang. Bukti cinta Raysha dan Nabil terhasil seorang putri bernama Raiya Nadine Muhammad Nabil Al Jeffri. Kini bermulanya perjalanan sebuah keluarga yang bersama-sama menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Dalam perkongsian di Instagram, Nabil menceritakan pengalaman penuh emosi sepanjang 24 jam yang tidak akan dilupakan. Bermula dengan kejutan apabila air ketuban Raysha pecah dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan, sehingga ke saat bahagia menyambut kelahiran bayi mereka, Nabil menggambarkan setiap momen itu sebagai sebuah perjalanan yang terasa begitu lama meskipun berlalu dengan pantas.

Selamat Datang ke Dunia, Raiya Nadine

Pecah sumber kesedihan terbit di matanya apabila Nabila mengatakan detik paling emosional dalam hidupnya adalah saat dia menyaksikan perjuangan isterinya yang bertarung nyawa, mengorbankan segala rasa sakit demi menghadirkan cahaya mata mereka ke dunia. Dalam linangan air mata, dia menyedari bahawa cinta sejati adalah melihat seseorang yang dicintai menghadapi kesakitan, dan tetap memilih untuk bertahan demi kebahagiaan bersama. Saat itu, dia jatuh cinta sekali lagi, bukan hanya pada isterinya, tetapi juga pada kekuatan luar biasa yang hanya seorang ibu mampu miliki.

“Saya tidak pernah mengalami sesuatu yang begitu emosional dalam hidup saya,” katanya. Ternyata, momen tersebut bukan hanya menyentuh hati Raysha, tetapi juga Nabil yang tidak dapat menahan air mata dari mengalir sepanjang proses itu.

“Raiya is blessed to have so many people caring about her” kata seorang bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka, penuh rasa syukur atas kasih sayang dan doa yang tidak putus dari keluarga, sahabat, dan orang tersayang.

See also
Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Peranti Terkini, Samsung Galaxy Tab S9

Semoga cinta dan kasih sayang antara Raysha dan Nabil kekal abadi dan terus mekar. Kisah cinta dari usia 19 tahun hingga 31 dan seterusnya, penuh dengan momen indah yang tidak ternilai. Menjelang kelahiran puteri kecil yang bakal melengkapkan kebahagiaan mereka terus dipermudahkan melalui susah dan senang. Tahniah raysha Rizrose dan Nabil Jeffri.

Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose Meraikan Baby Shower Sambutan Kasih Si Kecil Yang Bakal Tiba