GBC Love Wellness: Healing Bunyi di Sages KL
Dalam dunia yang serba sibuk, ruang untuk berehat dan kembali fokus kepada diri sendiri semakin bernilai. Inilah semangat di sebalik sesi pertama GBC Love Wellness yang berlangsung minggu lalu di lokasi eksklusif Sages KL. Acara ini menghimpunkan ahli-ahli GBC dalam sebuah pengalaman pemulihan diri yang unik, melalui pendekatan sound bath therapy yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman, Sheriza Fazleen.
Sheriza Fazleen, pengasas @surrenderandfeel, ialah seorang pengamal terapi tenaga yang mengkhusus dalam sound bath therapy, yang mana satu kaedah penyembuhan berasaskan getaran bunyi daripada instrumen seperti crystal singing bowls, chimes, dan gong. Beliau membimbing para peserta melalui sesi yang memberi penekanan kepada keseimbangan tenaga dalaman, pelepasan tekanan emosi dan pemulihan spiritual.

Sheriza Fazleen, instruktor sound bath
Sepanjang sesi sound bath therapy tersebut, para peserta dibimbing untuk berbaring dalam keadaan tenang sambil menghayati setiap getaran bunyi yang menyentuh tubuh dan minda. Sheriza turut menggabungkan elemen meditasi dan teknik pernafasan bagi membawa peserta ke dalam keadaan relaksasi yang mendalam. Ramai peserta berkongsi bahawa mereka berasa lebih selesa, damai dan kembali selaras dengan diri selepas sesi berakhir.

Menjadikan sesi sound bath therapy ini lebih istimewa, setiap peserta turut menerima tumbler edisi khas GBC X Montigo yang direka khas untuk gaya hidup aktif dan mindful. Selain itu, mereka juga dibekalkan dengan pelbagai hadiah eksklusif termasuk produk kecantikan daripada Paloma, Philosophy Malaysia, Chloe Parfums dan Clarins, serta produk terapeutik dari Tanamera yang menyokong amalan kesejahteraan harian. Untuk melengkapkan pengalaman, Peaches & Cream KL turut menyediakan makanan dan minuman yang menyihatkan serta menyegarkan selepas sesi healing.
Pemulihan buat tubuh, emosi dan minda dengan sound bath therapy
Sound bath therapy bukan sekadar teknik relaksasi, ia adalah bentuk pemulihan menyeluruh menyentuh tubuh, emosi dan minda. Bagi ahli GBC, pengalaman ini membuka mata tentang pentingnya menyantuni diri dalam dunia yang penuh gangguan dan tekanan.
Sesi sound bath therapy GBC Love Wellness ini menjadi langkah awal kepada siri penjagaan diri yang lebih menyeluruh dan berkesan. Dengan kehadiran tenaga penyembuh seperti Sheriza Fazleen, dan sokongan rakan jenama yang memperkayakan pengalaman, GBC komited untuk terus menyediakan ruang bagi pemulihan, refleksi dan kesedaran diri dalam edisi-edisi seterusnya.
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Impak Sound Bath Untuk Kesihatan Fizikal & Emosi
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.



















