GBC Love Wellness: Pengalaman Ice Bath & Terapi Sauna di Rise & Plunge
Minggu lalu, GLAM Beauty Club (GBC) menutup tirai siri #GBCLoveWellness2025 dengan penuh gaya di Rise & Plunge, Bangsar Village II. Acara penutup ini dirancang dengan istimewa kerana setiap ahli yang hadir berpeluang merasai sendiri gabungan dua pengalaman berbeza: terapi sauna yang menenangkan diikuti dengan ice bath yang menyegarkan. Ia menjadi satu perjalanan kesejahteraan lengkap yang menggabungkan cabaran fizikal dan ketenangan jiwa.
Sebagai acara terakhir dalam siri ini, suasana terasa hangat dan penuh semangat kebersamaan. Ahli GBC menyertai kedua-dua aktiviti dengan penuh keterujaan, bermula dengan kehangatan sauna sebelum melangkah ke sesi ice bath. Gabungan ini menjadikan pengalaman lebih seimbang, tubuh diberi peluang berehat sambil minda diuji dengan cabaran yang memberi kekuatan baharu.
Terapi sauna dan ice bath
Acara dimulakan dengan terapi sauna, sesi relaksasi yang memberikan kehangatan mendalam. Ia membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot, serta menyokong proses rawatan detoks semula jadi. Ramai ahli GBC merasakan detik ini sebagai peluang terbaik untuk melepaskan penat dan mencapai relaksasi minda sebelum memasuki sesi seterusnya.
Selepas itu, tibalah masa untuk cabaran yang paling ditunggu-tunggu iaitu ice bath. Aktiviti ini memberi peluang kepada semua ahli untuk merendam diri dalam air dingin serendah 7 darjah celsius yang terkenal dengan manfaatnya dalam meningkatkan tenaga serta mempercepatkan pemulihan tubuh. Walaupun detiknya penuh cabaran, ramai mengakui rasa segar luar biasa selepas keluar dari kolam dingin ais itu, menjadikan ice bath sebagai pengalaman paling mengujakan dalam siri ini.
Door Gifts & Sajian Eksklusif

Seperti tradisi GBC, setiap ahli menerima door gifts eksklusif daripada Chloe Parfums, Tanamera, Philosophy, Clarins, Kravenbeauty serta tumbler edisi khas GBC x Montigo. Untuk melengkapkan acara, Cotta KL menaja sajian makanan dan minuman enak yang menambah seri sepanjang majlis.

Penutup siri GBC Love Wellness 2025 ini membuktikan bahawa kesejahteraan datang daripada keseimbangan terapi sauna yang menenangkan dan ice bath yang menyegarkan. Terima kasih kepada semua ahli yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Terus nantikan lebih banyak acara eksklusif, akses cantik, dan hadiah istimewa hanya bersama GLAM Beauty Club.
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Sesi Aqua Fitness Bertenaga Di Sunway Resort
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.









