Pusat Wellness Center Pilihan GLAM Untuk Rejuvenasi Holistik
pusat wellness center

GBC Love Wellness: 6 Lokasi Rejuvenasi & Holistik Pilihan GLAM

Dalam hidup yang semakin padat dan sibuk, kita sering lupa satu perkara penting, menjaga diri sendiri. Tekanan kerja, kesibukan sosial, dan tuntutan harian kadang kala membuat kita terputus hubungan dengan tubuh dan emosi sendiri. Maka tidak hairanlah semakin ramai mencari tempat untuk ‘reboot’ di pusat wellness center, walau sekejap, demi kembali bertenaga.

Rejuvenasi bukan sekadar berspa atau bercuti. Ia tentang mendengar keperluan tubuh, memperlahankan rentak, dan menyuburkan keseimbangan dalaman yang sering terabai. Itulah sebabnya GLAM memilih untuk mengetengahkan enam pusat wellness center yang menggabungkan elemen rawatan fizikal, mental, dan spiritual kesemuanya direka agar anda dapat menikmati detik ‘escape’ yang benar-benar menyegarkan.

Daripada rawatan berasaskan teknik purba, ke pengalaman spa moden dan ruang mewah untuk bernafas semula, senarai ini membuktikan bahawa penjagaan diri kini melangkaui kecantikan luaran. Ia adalah tentang kembali kepada diri sendiri, dengan penuh kasih sayang.

6 Pusat Wellness Center Untuk Rejuvenasi Holistik

1. SAGES

Pusat wellness center - Sages

SAGES bukan sekadar pusat wellness center. Ia adalah ruang penyembuhan. Dikenali dengan pendekatan seperti breathwork dan sound therapy, pengalaman di sini membawa anda menyelam lebih dalam ke dalam kesedaran diri. Jika anda mencari detoks dari dalam ini lokasinya.

See also
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Sustainable Hair Care

2. Urban Retreat Onsen Spa – Pusat wellness center ala onsen Jepun

Bayangkan kesejukan minda dalam hangatnya air onsen gaya Jepun. Spa ini menawarkan pengalaman rendaman terapeutik dalam suasana zen, diikuti urutan yang mampu melegakan tubuh tegang. Ia destinasi ideal untuk reset selepas minggu yang meletihkan.

3. POSH Nail Spa

POSH bukan sekadar salun kuku, ia satu pengalaman penuh gaya. Layanan profesional, suasana eksklusif dan hasil kemasan yang kemas menjadikan sesi anda di sini terasa mewah. Sangat sesuai untuk hari-hari anda perlu sedikit ‘boost’ keyakinan.

4. COCOdry Bangsar

pusat wellness center untuk rambut cocodry

COCOdry boleh dikatakan sebuah pusat wellness center untuk rambut dan mood anda dirapi serentak. Blow dry bar ini bukan sahaja pantas dan praktikal, malah membawa semangat ‘feel good’ yang menjalar sejak kaki melangkah masuk. Lebih dari sekadar gaya rambut — ia tentang rasa segar dan yakin semula.

5. Sunway Resort

Sunway Resort menyatukan kemewahan dan ketenangan dalam satu ruang. Dari rawatan spa bertaraf antarabangsa ke ruang peribadi untuk refleksi diri, semuanya dirangka agar anda dapat berehat dengan cara paling menyeluruh. Retreat sempurna untuk tubuh, minda dan jiwa.

See also
Alena Murang Cipta Sejarah, Menang 2 Anugerah Di United Kingdom

6. Rise & Plunge – Pusat wellness center ice bath

pusat wellness center Rise & Plunge

Bagi yang berani mencuba sesuatu luar biasa, Rise & Plunge (pusat wellness center) ialah cabaran yang menyegarkan. Cold plunge therapy dan sauna infra merah mereka menawarkan manfaat fisiologi dan mental yang luar biasa, meningkatkan tenaga, membina daya tahan dan memfokuskan fikiran.


Self-care bukan lagi pilihan, ia satu bentuk keperluan moden. Keenam-enam pusat wellness center ini mampu memberi anda ruang dan masa yang anda perlukan untuk kembali kepada versi terbaik diri anda.

Jom Sertai GBC Love Wellness!

Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!

Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: 5 Selebriti Wellness Fitness Instructor Pilihan GLAM

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.