GBC Love Wellness: 5 Selebriti Wellness Fitness Instructor Pilihan GLAM
Dalam zaman di mana gaya hidup sihat menjadi pilihan ramai, kehadiran fitness instructor yang bukan sahaja berilmu tetapi juga memberi inspirasi adalah sangat penting. Sama ada anda baru bermula atau ingin membawa senaman ke tahap baharu, pemilihan jurulatih yang tepat mampu mencetus perubahan signifikan.
GLAM senaraikan lima fitness instructor tempatan yang menonjol menerusi pendekatan unik, tenaga positif dan profesionalisme tinggi. Mereka bukan sekadar mengajar senaman, malah mereka membina komuniti, menyuntik motivasi, dan membangunkan gaya hidup yang lebih sihat.
Daripada pendekatan holistik ke latihan multidisiplin dan pengukuhan fizikal serta mobiliti, setiap jurulatih ini menawarkan gaya yang tersendiri untuk memenuhi keperluan berbeza. Berikut profil lima fitness instructor pilihan GLAM, termasuk Allisha Azlan, Sonia Naidu, Ivy Leah, Nana Mohd dan Atilia Haron.
Wellness Fitness instructor terkenal di Malaysia
1. Allisha Azlan
Pengasas Lean Wellness Center, Allisha adalah fitness instructor jenis SRT, Pilates & Barre yang juga pernah bekerja sebagai perunding pengurusan. Latihannya menekankan kekuatan teras, fleksibiliti serta kesedaran tubuh bagi wanita. Gaya penyampaiannya profesional, tenang tetapi memberi impak mendalam.
2. Sonia Naidu – Fitness instructor terkenal dari Sarawak
Sonia berasal dari Sarawak, aktif mengajar di FlyProject, Afterburn Fitness Studio, Mega MVMNT KL dan BFT Damansara Heights. Sonia menggabungkan reformer Pilates, HIIT dan latihan kekuatan sambil menekankan keseimbangan antara kecantikan tubuh dan daya tahan fizikal.
3. Ivy Leah
Ivy adalah senior fitness instructor di Lean Wellness Center, berpengalaman mengajar Mat Pilates Strength dan Leanformer sessions. Ivy merupakan sebahagian daripada pasukan instruktur terlatih di bawah pengasas Allisha. Ivy memberikan pendekatan pengukuhan postur, kesedaran tubuh dan ketahanan fizikal dalam setiap sesi latihan .
4. Nana Mohd
Nana Mohd (dulu dikenali sebagai Nana Al Haleq) adalah hos TV, wellness coach dan fitness influencer. Latihan Nana menumpu kepada Pilates pemulihan, yoga, breathwork serta energy healing sesuai untuk mereka yang ingin menyembuhkan tubuh dan minda secara menyeluruh.
5. Atilia Haron – Wellness Fitness instructor terkenal
Atilia Haron adalah RYT 200 (Registered Yoga Teacher) dan pengasas YogaOnethatiwant (YOTIW), rangkaian studio yoga terkemuka di Malaysia. Atilia juga seorang penyanyi dan duta jenama Under Armour. Atilia menggunakan pendekatan yoga Vikasa dan power-flow untuk mengurangkan kecemasan, memperbaiki pernafasan dan meningkatkan kestabilan mental, semua penting bukan sahaja untuk kecergasan tapi juga kerjaya seninya.
Kelima-lima fitness instructor pilihan GLAM ini menyampaikan satu matlamat utama: membantu anda menghargai tubuh sendiri melalui gaya hidup sihat dan berterusan. Jika anda mencari pendekatan yang mendalam dan menyeluruh, Allisha Azlan dan Nana Mohd adalah pilihan terbaik. Untuk latihan multidisiplin dan komuniti sokongan, Sonia Naidu dan Maggy Wang sesuai. Dan jika anda ingin menggabungkan aspek fizikal, mental dan emosi melalui yoga, Atilia Haron pasti memberi inspirasi.
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Impak Sound Bath Untuk Kesihatan Fizikal & Emosi
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

