Use your ← → (arrow) keys to browse
Kematian Amy Winehouse pada 2011 ketika berusia 28 tahun merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik Hollywood.
Amy begitu terkenal dengan vokal contralto yang ekspresif dan genre muzik campuran eklektik termasuk soul, rhythm and blues, dan jazz.
Penyanyi ini berjaya mencuri hati peminat dengan karyanya yang memikat jiwa seperti Rehab dan Back To Black, justeru tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabis jutaan ringgit untuk memiliki koleksi peribadi mendiang yang dianggap sebagai ikon fesyen.