Generasi Baharu Galaxy Z bakal Unfold Pada 11 Ogos
SAMSUNG TERUS MARA KE DEPAN DENGAN PELANCARAN GENERASI BAHARU TELEFON PINTAR GALAXY Z BERINOVASI TINGGI.
Versatil dan mampu mencapai kepada semua orang adalah misi utama Samsung buat pasaran telefon pintar mereka. Setelah berjaya dengan acara Unpacked pada setahun yang lalu, kini Samsung tidak duduk diam. Mereka setia dalam mahu meneruskan usaha dalam melancarkan gajet berteknologi tinggi serta punya nilau inovasi cemerlang. Samsung percaya bahawa teknologi baru dan canggih mampu membentuk cara bagaimana kita menjalani kehidupan. Taruhan baru keluarga Galaxy Z mampu mengubah pengalaman peribadi anda dalam menikmati telefon pintar dalam era moden.
Hubungan dalam dunia komunikasi adalah amat penting, ia bagaikan satu ekosistem yang saling memerlukan. Lantas membuatkan Samsung untuk berkerjasama dengan pendahulu dalam mana-mana industri seperti Google dan Microsoft agar memberikan sistem yang lebih cemerlang pada teknologi telefon pintar. “Kami akan sentiasa terus berkerjsa sama dengan rakan kongsi utama dalam membuat penyelesaian hal tentang keselamatan yang canggihagar mampu menjaga peranti dan setiap data,” ujar Dr. TM Roh. Generasi baharu ini menggabungkan teknologi telefon pintar bersama tablet. Menjadi pendahulu dalam menggabungan aktiviti kerja, sosial dan penghasilan dalam satu gajet lengkap. Himpunan baharu ini bagai dipertontonkan pada 11 Ogos di laman web rasmi Samsung atau ke akaun YouTube atau Facebook Samsung.