GLAM FIRST: Galaxy S21+ Janjikan Gaya Lebih Epik! - Glam Malaysia

GLAM FIRST: Galaxy S21+ Janjikan Gaya Lebih Epik!

Mungkin ini superficial, tapi kita tidak boleh lari daripada memandang penampilan luaran dahulu, sebelum kenal isi peribadinya. Apa yang anda sarungkan, lagakkan dan gaya badan itu boleh memberi pelbagai rasa pertama pada semua yang memandang. Maka, bukan sahaja tutur badanmu yang perlu selalu diperbaiki. Malahan juga apa yang kamu bawa bersama, seperti beg, kasut dan telefon bimbit. Sekarang, gajet itu juga dipandang penting. Bukan tidak mahu kalah, tetapi gajet yang lengkap dengan teknologi terbarukan lebih terlancar hidupmu. Inilah yang dijanjikan oleh telefon bimbit bijak baru di Samsung yang baharu sahaja melancarkan Galaxy S21+ dan menjanjikan sensasi cukup epik!

Telepon bijak Samsung Galaxy baharu ini dibuat mengikut gaya hidup kita sekarang. Itu menjadi janji utama Samsung! Setibanya saya mendapat kotak hitam itu, hati teruja untuk melihat dengan lebih mendalam rekaan sleek Samsung Galaxy S21+. Kotak luncur licin terbuka dan mempertontonkan gajet serba hitam pilihan hati. Juga siri ini hadir dalam rona perak dan ungu.

samsung s21+
Rangkaian tiga rona pilihan yakni Phantom Black, Phantom Voilet dan Phantom Silver

Rekaan yang sleek dan moden menaikkan lagi citra generasi sekarang yang memandang bukan sahaja pada inovasi teknologi telepon bimbit. Malahan pada seni reka bentuknya. Lebih menang lagi apabila telepon ini cukup ringan dibandingkan dengan telepon pintar lain. Juga dengan skrin yang lebih besar, memberikan saya untuk melakukan kerja dan menonton video di media sosial dengan lebih selesa. Apatah lagi, kini sedang work from home maka amat mudah untuk melakukan edit artikel terus daripada telefon ini.

galaxy s21+
Samsung Galaxy S21+ dalam rona Phantom Black

Pautan Berkenaan: Samsung Galaxy Z Flip Generasi Telefon Pintar Berinovasi

See also
Wajah Terbaharu Madonna Mengejutkan Peminat!