Galaksi Warna BVLGARI COLORS Di Korea Selatan - Glam Malaysia

Galaksi Warna BVLGARI COLORS Di Korea Selatan

Pameran Bvlgari pertama di Korea Selatan, BVLGARI COLORS akan meneroka energi warna antara perhiasan kemas dan seni, seperti rantai milik legenda Hollywood, Elizabeth Taylor.

Bermula 20 Julai 2021, Hangaram Design Museum in Seoul akan membukan pintu untuk pameran BVLGARI COLORS yang akan mengeksplorasi energi kreatif yang berkuasa dalam galaksi warna. Pameran Bvlgari pertama di Korea Selatan ini diadakan dalam penerokaan dialog antara perhiasan kemas dan seni kontemporari, seperti rantai milik legenda Hollywood, Elizabeth Taylor.

The Blue Dragon, 2021 by Oh Soon-kyeong

BVLGARI COLORS akan membariskan 190 rekaan Heritage Collection daripada arkib Bvlgari dan juga seleksi perhiasan kemas milik persendirian. Koleksi unik Bvlgari ini menampilkan batu permata berwarna yang dipilih, potong dan dibentuk untuk menghasilkan desain yang tersendiri. Dari koleksi Seperti nan ikonik kepada blok warna yang mencuri perhatian, setiap batu permata Bvlgari pasti membiaskan kehebatan kromatik yang menjadi tunjang utama pada setiap rekaan.

ELIZABETH TAYLOR EMERALD NECKLACE & SAUTOIR ELIZABETH TAYLOR

Sejak memasuki pasaran Korea sejak 1998, Bvlgari memilih tema identiti utama untuk pameran pertama mereka di negara itu. BVLGARI yang diasaskan di Rome, Itali pada 1884 telah mengungguli kehalusan pembuatan perhiasan kemas dengan stail tersendiri, keberanian kromatik, volum bold dan rekaan elegan daripada salasilah Roman.

Comos installation by Choi Jeong Hwa

Seleksi perhiasan kemas yang akan dipamerkan milik legenda protagonis Dolce Vita seperti Elizabeth Taylor, Gina Lollobrigida and Anna Magnani. Ketiga-tiga legenda Hollywood ini cukup setia kepada jenama ini, dan semestinya akan mengenakan rekaan Bvlgari di dalam dan luar skrin sepanjang karier mereka. Antara yang kekal ikonik adalah rantai zamrud dengan batu nilam 65 karat yang cukup glamor dan penuh karisma bintang filem.

Moonlight Crown_Guseul Halmang, 2021 BY Yeesookyung & ANNA MAGNANI RUBIES BROOCH

Dalam memberi penghormatan kepada kota Rome yang kekal menjadi inspirasi saga 130 tahun Bvlgari, sauasana pameran ini akan berlatarkan salasilah Roman yang diketengahkan penuh elegan pada monument majestic, lanskap memukau serta atmosfera fantasi Eternal City. Berkeluasan lebih 1,000 meter persegi, seleksi perhiasan kemas Bvlgari ini akan dipamerkan bersama karya seni daripada artis Korea terkemuka yang dipilih oleh SUUM Project iaitu Kim Jongwon, Lee Sea-hyun, Yee Sookyung, Noh Sang-Kyoon, Oh Soon-kyeong, Choi Jeonghwa dan Vakki.Dari lukisan kepada arca, serta instalasi seni juga persembahan video, notasi warna ini akan dipersembahkan mengikut seni kontemporari Korea yang multi-dimensi.

GINA LOLLOBRIGIDA EMERALD PARURE & Translated Vase by Yeesookyung

Kurator Jenama buat Bvlgari, Lucia Boscaini akan berkolaborasi bersama SUUM Project dalam mempersembahkan investigasi kepelbagaian maksud warna unuk pameran kali ini.  Dalam menyempurnakan pengalaman pengunjung, katalog pameran ini boleh didapati di stor cenderahati muzium, selain aplikasi khas dalam bahasa Inggeris dan Korea yang menampilkan video eksklusif boleh dimuat turun di seluruh dunia.

See also
10 Selebriti Popular Ini Merupakan Peminat BTS

BVLGARI COLORS akan diadakan sehingga 15 September 2021 di Hangaram Design Museum, Seoul, Korea Selatan.

Foto: BVLGARI

Baca lebih lanjut: Betty Catroux – Muse Sebenar Yves Saint Laurent