Framing Britney Spears: Peminat Desak Justin Timberlake Mohon Maaf - Glam Malaysia
Framing Britney Spears: Peminat Desak Justin Timberlake Mohon Maaf

Framing Britney Spears: Peminat Desak Justin Timberlake Mohon Maaf

Satu dokumentari berjudul Framing Britney Spears ditayangkan Jumaat lalu dan ia dengan pantas mengundang kecaman ramai.

Peminat menuntut Justin Timberlake membuat permohonan maaf atas kelakuannya terhadap Britney Spears hampir 20 tahun lalu.

Kisah pasangan ini yang menjalin hubungan selama hanya empat tahun telah lama dilupakan peminat, namun ia kembali hangat sejak dokumentari itu ditayangkan.

Framing Britney Spears yang disiarkan di The New York Times Presents mendedahkan isu yang secara berterusan memusnahkan kerjaya Spears yang ketika itu berada di kemuncak.

Walaupun dokumentari tersebut bertujuan untuk menerokai gerakan #FreeBritney yang tercetus akibat krisis kesihatan mentalnya pada tahun 2007, peminat turut melihat dari sudut lain dan membuat penilaian semula mengenai kisah percintaan hangat pasangan ini yang terjalin dari tahun 1999 hingga 2002.

Foto: Ron Galella, Ltd/Getty Images

Di kala nama Timberlake memuncak setelah perpisahan itu, Spears pula sebaliknya. Dia menerima kecaman hebat yang mencalarkan reputasinya dan diselar sebagai musuh media.

“Cara mereka memperlakukan Spears seperti budak-budak sekolah menengah, ibarat dia gadis jalang di sekolah dan Timberlake pula pemain bola sepak yang hebat,” kata pengkritik Times, Wesley Morris dalam dokumentari tersebut.

See also
Inspirasi Busana Ramadhan Ilham Massimo Dutti

Pengguna media sosial mempersoalkan respons berunsur penindasan wanita daripada pihak media mengenai perpisahan itu, serta tumpuan melampau yang diberikan kepada keperawanan dan sifat polos Spears.

Bukan itu sahaja, peminat menuduh Timberlake menyebarkan kisah negatif mengenai Spears untuk melancarkan kerjaya solonya. Ramai meluahkan kekecewaan mereka terhadap suami Jessica Biel itu di media sosial.

“Menonton dokumen Britney ini, pada tahun 2021 barulah terbongkar bahawa Justin melancarkan kerjayanya dengan memburukkan nama Britney. Dia mengambil kesempatan sepenuhnya di atas perhubungan mereka,” tulis seorang peminat di Twitter.

Gabbie Hanna, personaliti YouTube popular menulis, “Masih menunggu Justin Timberlake membuat permohonan maaf terhadap Britney Spears.”

Malah ada peminat yang bercakap mengenai kontroversi persembahan separuh masa Super Bowl XXXVIII pada 2004 di mana pakaian Janet Jackson direntap oleh Timberlake sewaktu mereka beraksi bersama di atas pentas.

Seperti yang dilaporkan Rolling Stone, National Football League (NFL) menyalahkan MTV selaku penerbit atas insiden tersebut. Rancangan itu dihentikan buat selamanya, dan ini menyebabkan muzik Jackson disenarai hitam daripada MTV, VH1 dan stesen radio.

See also
Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil, Permintaan Diana Danielle Hanya Satu

“Pendakian Justin Timberlake ke puncak kerjaya atas kemusnahan Britney Spears dan Janet Jackson adalah sesuatu yang perlu kita ambil tanggungjawab,” kata Terron Moore, pengarah editorial dan naib presiden MTV News.

Foto: Brendon Thorne/Getty Images

Baca: Dedah Kelakuan Buruk Kakak Sendiri, Mariah Carey Disaman