Use your ← → (arrow) keys to browse
Gereja Kecil Peringatan Raja George VI iaitu ruang tambahan yang dibina di belakang North Quire Aisle pada 1969 diwujudkan khas oleh Ratu Elizabeth sebagai tempat persemadian abadi buat ayahandanya.
Raja George VI yang mangkat pada 1952 pada asalnya dikebumikan di Royal Vault sebelum jasadnya dipindahkan ke gereja tersebut pada 26 Mac 1969.
Abu Puteri Margaret juga ditempatkan di Royal Vault selepas kemangkatannya pada 2002 dan dipindahkan ke Gereja Kecil Peringatan Raja George VI bersama keranda ayahanda serta bondanya setelah Permaisuri Elizabeth mangkat lebih sebulan kemudian.