Filem Terbaik Mesti Tonton Ketika Musim Percutian di Netflix 2025
FILEM TERBAIK MUSIM CUTI

10 Filem Terbaik Musim Cuti di Netflix 2025: Hangat, Magis dan Menyentuh Hati

Musim cuti memang waktu paling sempurna untuk berehat, memanjakan diri dan menghabiskan masa bersama orang tersayang. Dengan adanya Netflix, pilihan untuk menikmati movie night jadi semakin mudah dengan hanya susun selimut, sediakan minuman panas dan pilih filem terbaik yang tepat. Tahun 2025 menyaksikan Netflix terus membawakan gabungan filem baharu dan kegemaran klasik perayaan yang masih relevan dan penuh makna.

Sama ada anda mencari filem keluarga yang hangat, kisah romantik bersalji, atau cerita fantasi yang penuh keajaiban Netflix menawarkan pelbagai filem terbaik yang sesuai untuk menghidupkan suasana perayaan. Keindahan musim cuti bukan hanya pada dekorasi dan hadiah, tetapi juga pada cerita yang membuat kita tersenyum, ketawa dan kadangkala tersentuh hingga ke hati.

Jadi, berikut adalah senarai 10 filem terbaik di Netflix untuk musim cuti 2025 yang terkini, menghiburkan, dan sempurna untuk tontonan hujung tahun.

10 filem terbaik di Netflix untuk musim cuti 2025 

1. A Merry Little Ex-Mas (2025)

See also
10 Set Produk Kecantikan Istimewa Untuk Musim Percutian Ini

Filem terbaik romantik cuti paling baharu di Netflix ini mengisahkan pasangan yang hampir bercerai, tetapi perlu meraikan Krismas terakhir bersama keluarga. Lucu, jujur dan menyentuh, kisah ini penuh dengan nostalgia, emosi dan peluang kedua dalam cinta.

2. Jingle Bell Heist (2025)

Rom-com bercampur jenayah ringan, mengenai dua individu yang merancang “pencurian Krismas”. Penuh kejutan, jenaka dan percikan romantik yang membuatkan filem ini segar dan menyeronokkan.

3. Hot Frosty (2024)

Filem terbaik romantis tetapi nakal, filem ini mengisahkan seorang wanita yang ‘menghidupkan’ manusia salji secara ajaib. Kisah cinta yang pelik, magis dan menghiburkan, sesuai untuk tontonan santai.

4. Our Little Secret (2024)

Filem terbaik tentang kisah perayaan yang berlatarkan reunion keluarga, tetapi penuh rahsia, bekas kekasih dan momen kelakar. Ringan, moden dan sangat relatable.

5. The Christmas Chronicles (2018)

Kurt Russell sebagai Santa yang karismatik dan kelakar, menjadikan filem ini masih kekal sebagai kegemaran ramai setiap musim cuti. Sesuai untuk keluarga.

See also
Matthew Perry Dedah Pengalaman Koma & Hampir Mati Dalam Memoir Terbaharu

6. Jingle Jangle: A Christmas Journey (2020)

Visual magis, penuh muzik dan fantasi. Filem terbaik ini mengisahkan tentang pembuat mainan dan cucu yang membawa semula harapan, impian dan keajaiban.

7. A Boy Called Christmas (2021)

Origin story Santa yang magis dan menyentuh hati sarat pengembaraan dan nilai kasih sayang. Sangat sesuai untuk tontonan keluarga.

8. Love Hard (2021)

Filem terbaik jenis rom-com moden tentang percintaan digital, catfishing dan kejujuran. Latar bersalji dan suasana perayaan menjadikannya filem romantik musim cuti yang ideal.

9. Klaus (2019)

Filem terbaik animasi pemenang anugerah ini sangat memukau penuh emosi, visual menakjubkan dan mesej bahawa kebaikan kecil boleh mengubah dunia.

10. Carry-On (2024)

Untuk anda yang mahu sesuatu lain daripada biasa, ini filem terbaik thriller aksi yang berlaku pada malam Krismas. Tegang, menarik dan penuh plot twist tetap sesuai untuk mood cuti.

Musim cuti bukan hanya tentang hiburan, tetapi tentang rasa hangat, pengharapan dan kebersamaan. Sama ada anda mahu ketawa, menangis atau sekadar rasa tenang, 10 filem terbaik Netflix ini pasti melengkapkan hujung tahun anda. Selamat menonton.

See also
Michelle Yeoh Memukau dalam Balenciaga di Cannes 2023

Artikel berkaitan: 6 Filem Seram & Thriller Wajib Anda Tonton Tahun 2025

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.