Chloe Grace Moretz Hot Dalam 5 Filem Yang Wajib Tonton Ini
chloe grace moretz hot dalam filem Mother/Android

5 Filem Terbaik Chloe Grace Moretz Patut Tonton

Chloe Grace Moretz hot bukan sahaja kerana wajahnya sering menjadi perhatian kamera, tetapi juga kerana bakat lakonannya yang jarang dimiliki bintang muda seangkatannya. Sejak kecil, Chloe sudah membuktikan dirinya mampu berdiri sama tinggi dengan nama besar Hollywood.

Dari segi kehidupan peribadi, Chloë pernah mencuri perhatian umum apabila menjalinkan hubungan bersama Brooklyn Beckham sekitar tahun 2014. Walaupun hubungan itu tidak berkekalan, ia menjadi bukti bagaimana kehidupannya sering mendapat sorotan ramai. Kini, bintang ini sudah melalui fasa baharu dengan melangsungkan perkahwinan intim baru-baru ini dengan Kate Harrison, menandakan lembaran baru dalam hidupnya.

Di luar kisah peribadi, Chloë terus menyerlah dengan pencapaian seni. Chloe Grace Moretz hot di dalam filem-filem yang GLAM senaraikan ini, yang bukan sahaja wajib ditonton, tetapi juga membuktikan betapa versatil dan ikoniknya pelakon ini di layar perak.

Chloe Grace Moretz Hot Di Dalam Filem-filem Terbaik Ini

Kick-Ass

Chloë mengejutkan ramai apabila tampil sebagai Hit-Girl. Dengan aksi lasak, dialog berani, dan gaya penuh keyakinan, wataknya kekal menjadi salah satu karakter superhero paling “hot” dalam dekad lalu. Biarpun usianya masih muda, Chloë membuktikan bahawa dia mampu mencuri tumpuan layar dengan karisma yang luar biasa.

See also
Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya

Shadow in the Cloud

Dalam filem ini, Chloë memegang watak Maude Garrett, seorang juruterbang wanita semasa Perang Dunia Kedua yang terperangkap di dalam pesawat pengebom. Dengan campuran elemen aksi, thriller dan seram, lakonan Chloë sangat meyakinkan ketika berdepan ancaman musuh dan makhluk misteri. Filem ini membuktikan Chloe Grace Moretz hot bukan hanya dalam drama atau aksi superhero, tetapi juga dalam genre peperangan yang penuh intensiti.

Mother/Android

Dalam filem dystopian ini, Chloë membawakan watak Georgia, seorang wanita hamil yang berjuang untuk melarikan diri bersama pasangannya daripada serangan android yang menguasai dunia. Lakonannya penuh emosi, menampilkan kekuatan fizikal dan mental seorang wanita yang mahu melindungi anak dalam kandungan. Mother/Android membuktikan Chloe Grace Moretz hot dalam genre sci-fi, memperlihatkan keupayaannya memegang watak yang berat dan penuh cabaran.

Carrie

Menghidupkan semula watak Carrie White dari novel klasik Stephen King bukanlah mudah, namun Chloë berjaya membawa versi moden yang penuh tragedi. Dari sisi pemalu hingga ledakan kuasa telekinetik, transformasi emosinya begitu meyakinkan. Filem ini memperlihatkan Chloe Grace Moretz hot dalam genre seram, membuktikan fleksibilitinya di layar.

See also
New Look New Shook!

If I Stay

Filem romantik-drama ini memperlihatkan Chloë sebagai Mia Hall, seorang pemain selo muda yang bercita-cita tinggi. Namun hidupnya berubah drastik selepas satu kemalangan tragis menimpa keluarganya, membuatkan Mia berdepan pilihan paling sukar antara meneruskan hidup atau melepaskan segalanya. Lakonan Chloë begitu menyentuh hati, penuh kelembutan tetapi juga kekuatan dalaman, menjadikan If I Stay antara filem Chloe Grace Moretz hot yang paling diingati oleh penonton.

Daripada aksi penuh adrenalin dalam Kick-Ass, ke ketegangan perang dalam Shadow in the Cloud, perjalanan survival di Mother/Android, tragedi penuh emosi dalam Carrie, hinggalah kisah romantik yang menyayat hati di If I Stay, Chloe Grace Moretz hot kerana dia mampu menjelmakan setiap watak dengan dimensi yang berbeza.

Kerjayanya membuktikan bahawa pesona seorang pelakon bukan hanya terletak pada penampilan, tetapi pada keberanian memilih watak, kejujuran dalam lakonan, dan dedikasi terhadap seni. Dengan jejak karya yang begitu berwarna, Chloë kekal sebagai salah satu bintang muda Hollywood yang paling berpengaruh dan terus menjadi inspirasi buat generasi baharu peminat filem.

See also
Santai Chloë Grace Moretz Di California Bersama Koleksi S/S 18 Jimmy Choo

Artikel berkaitan: 5 Filem & Siri Wajib Tonton di Netflix Pilihan GLAM

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.