Use your ← → (arrow) keys to browse
Malah Farah masih tersenarai dalam rancangan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) untuk Sukan SEA Vietnam yang bakal berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini, menurut Setiausaha Kehormat, Afrita Ariany Nasril.
“Seperti yang dimaklumkan jurulatihnya ketika mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Farah menyatakan keinginannya untuk bersara. Malah dia turut memaklumkan hasrat itu kepada beberapa orang yang rapat dengannya.
“Namun kami masih menunggu hitam putih daripada Farah sendiri sebelum membuat sebarang pengumuman. Bagaimanapun dia masih dalam senarai kami untuk sukan SEA,” kata Afrita.
Penampilan sulung Farah di sukan Olimpik tahun lalu menyaksikan dirinya menamatkan saingan pada tempat ke-68 daripada 85 gimnas dalam acara all-around wanita.
Dia mencipta sejarah apabila menjadi atlet gimnastik ketiga negara beraksi di temasya sukan berprestij itu selepas penyertaan Ng Shu Wai di Olimpik Athens pada 2004 dan Au Li Yen di Olimpik Sydney pada 2000.
Atlet itu telah banyak kali mengharumkan nama negara di persada dunia antaranya di Sukan SEA apabila berjaya meraih tujuh pingat emas secara keseluruhan di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Manila (2019).