Use your ← → (arrow) keys to browse
Hampir dua dekad mendambakan diri dalam sukan gimnastik artistik, Farah Ann memberi kejutan apabila mendedahkan hasrat untuk bersara.
Perkhabaran mengenai keinginan Farah menjadi perbualan hangat semalam setelah ketua jurulatih artistik wanita negara, Ng Shu Wai mengesahkan dia tidak lagi berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.
Malah Shu Wai tidak menolak kemungkinan bahawa atlet muda itu akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat memandangkan dia pernah meluahkan hasrat itu selepas menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu.
“Baru-baru ini Farah Ann memaklumkan ingin berhenti berlatih. Selepas berbincang secara mendalam mengenai perkara ini, kami menerima keputusannya untuk bersara kira-kira dua minggu lalu,” katanya.
Shu Wai turut memaklumkan antara sebab Farah mengambil keputusan itu adalah kerana beban latihan yang intensif dan perubahan peraturan sukan, selain kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Meskipun berita itu telah tular di dada media, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada tuan punya badan sendiri.