Eyka Farhana Memilih Akhyar Rashid, Ikat Tali Pertunangan Ogos Lalu - Glam Malaysia

Eyka Farhana Memilih Akhyar Rashid, Ikat Tali Pertunangan Ogos Lalu

Selepas tiga bulan, cinta disulam rapi akhirnya diumumkan. Detik bahagia yang menjadi berita manis. Tahniah Eyka Farhana & Akhyar atas pertunangan. 

Cinta yang terjalin sejak 2020 kini dimeterai dengan ikatan pertunangan buat pasangan selebriti dan sukan, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid. Pelakon berbakat dan pemain bola sepak kebangsaan tersebut berkongsi detik manis mereka menerusi hantaran di Instagram, yang menandakan lembaran baru dalam hubungan mereka.

Majlis pertunangan diadakan secara tertutup pada 4 Ogos dengan kehadiran ahli keluarga dan insan tersayang. Dalam foto yang dikongsikan, kedua-duanya tampak serasi mengenakan busana sedondon berona coklat, menyerlahkan kebahagiaan di wajah mereka pada hari istimewanya. “Salam Tunangku” yang ditulis ringkas oleh Eyka. Tahniah diucapkan kepada Eyka dan Akhyar atas pertunangan mereka yang penuh bermakna ini.

Eyka Farhana Kini di Pelamin Pertunangan

eyka farhana

Busana berpesona dari MerahJambu yang diperagakan oleh Eyka Farhana benar-benar menampilkan gaya elegan yang sempurna untuk hari istimewanya. Manakala, cincin pertunangan dari Tiffany & Co yang disarung menghiasi jemari Eyka, menambah seri pada momen istimewa pasangan ini.

See also
6 Wanita Berpengaruh Di Dunia

eyka farhana

Pelamin indah yang dihiasi dengan gubahan kuntuman dried flowers memberikan suasana romantis dan mempesona.

eyka farhana

eyka farhana

Terlihatcjuga diruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah yang manis daripada rakan selebriti dan peminat, membanjiri ruang dengan kasih sayang dan sokongan yang melimpah.

 

Artikel Berkaitan: GLAM Wedding: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan