Use your ← → (arrow) keys to browse
Clara kemudian dilihat mengecam kembali bapanya di media sosial pada Januari 2019 ketika berkongsi foto bikini ibunya. Apabila seorang peminat memuji kecantikan ibunya dan mencadangkan supaya Clara menjauhkan ibunya daripada rakan-rakan lelakinya, dia sekadar menjawab, “Tidak, saya hanya akan menjauhkan ibu saya daripada lelaki tidak guna yang meninggalkannya.”
Ramai beranggapan ia merujuk kepada Ewan. Hantaran itu bagaimana pun telah dipadam tidak lama kemudian.
Bagi Ewan pula, dia dilihat gembira sejak menjalin hubungan dengan Mary. Menerusi wawancara bersama Men’s Journal pada 2019, dia mengakui hidupnya lebih baik berbanding sebelumnya.