Ellie Goulding Umum Perceraian Selepas Empat Tahun Berkahwin - Glam Malaysia
Ellie Goulding Umum Perceraian Selepas Empat Tahun Berkahwin

Ellie Goulding Umum Perceraian Selepas Empat Tahun Berkahwin

Peminat dikejutkan dengan berita perceraian penyanyi Ellie Goulding dan suaminya, Caspar Jopling baru-baru ini.

Ellie mengumumkan perkara itu di akaun Instagram miliknya tidak lama selepas fotonya berkucupan dengan teman lelaki baru tersebar.

“Berikutan cerita yang tular baru-baru ini, saya tiada pilihan selain memaklumkan bahawa saya dan Caspar telah lama berpisah. Kami kekal berkawan baik dan berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa bersama-sama demi anak.

“Kami komited untuk melindungi privasi keluarga dan berterima kasih kepada anda kerana menghormati permintaan kami untuk tidak mengulas lanjut,” tulisnya.

Ellie Goulding

Foto: Backgrid

Caspar yang merupakan penjual karya seni turut berkongsi mengenai perceraian mereka di media sosial. Katanya, tujuan dia mendedahkan perkara itu adalah untuk melenyapkan segala spekulasi yang sedang hangat diperkatakan.

“Saya dan Ellie membuat keputusan untuk berpisah. Keluarga dan rakan terdekat telah lama mengetahuinya. Jika bukan kerana spekulasi, kami akan melakukan apa sahaja untuk merahsiakan perkara ini. Saya dan Ellie kekal sebagai kawan dan paling penting ibu bapa kepada anak kami, Arthur.”

See also
The Exchange TRX: Lokasi Libur Terkini di Kuala Lumpur

Ellie Goulding Temui Cinta Baru

Bekas suami isteri ini mengeluarkan kenyataan setelah Ellie dirakam bermesra dengan jurulatih luncur air, Armando Perez di Costa Rica, kampung halaman jejaka itu.

“Ketika berehat daripada sesi latihan luncur air, Armando dilihat tidak henti-henti memeluk dan mencumbu Ellie. Ellie pula nampak gembira dan asyik bergelak ketawa ketika mereka bergurau senda di dalam laut,” kata sumber terdekat.

Ellie Goulding

Foto: The Sun

Armando memiliki sebuah sekolah luncur air yang diusahakan bersama abangnya. Selain Ellie, Shakira pernah menjadi pelajarnya dan foto mereka berlatih bersama dirakam peminat Jun tahun lalu.

Ellie dan Caspar mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019 selepas setahun mengikat tali pertunangan. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Arthur Ever Winter Jopling pada Mei 2021. Menurut Page Six, bekas pasangan itu mula tinggal berasingan sejak awal tahun 2023.

 

Foto: US Weekly

Baca: 11 Perceraian Bintang Popular Hollywood Sepanjang Tahun 2023