Use your ← → (arrow) keys to browse
Bertahun lamanya peminat bintang pop/R&B popular, Aaliyah merayu agar muziknya dilancarkan di perkhidmatan penstriman, namun permintaan mereka tidak diendahkan.
Kini, impian mereka bakal menjadi kenyataan. Wakil syarikat pengedaran Empire menyatakan, karya Aaliyah akan menemui pencinta muzik secara berperingkat di platform penstriman tidak lama lagi.
Empire telah menandatangani perjanjian bersama Blackground Records yang kini dikenali sebagai Blackground Records 2.0 untuk melancarkan katalog lagu beberapa artis popular seperti Timbaland, Tank, Toni Braxton, Jojo dan Aaliyah.